16 August 2011

:: kisah rumit pasangan suami dan isteri ::


Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?


-----------------------------------------------------------------

Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------
 
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau


Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok,
nanti orang ingat anak kita sami ha... Kesian lelaki... alahaii



15 August 2011

:: Kelebihan Menjaga Kucing ::


Kucing? Semua tau aku ni memang la alah kat kucing.. pantang je ada kucing dekat, mau menjerit aku di buatnya.. sapa-sapa yang rapat dengan aku mesti da tau da hakikat kehidupan aku yang sangat-sangat anti dengan keturunan kucing.. sebenarnya bukanlah tak suka, tapi aku ni ada astma, ramai orang bagitau aku bulu kucing ni boleh menyebabkan astma..

Tapi tu dulu, semua da berubah sekarang.. ramai yang PELIK tetibe je kat umah aku ade 4 ekor kucing.. betul la kata orang, tak kenal maka tak cinta.. bila aku ada kucing, baru aku sedar yang diowg ni sangat-sangat BEST!

And pagi tadi tetibe je aku terbace 1 artikel.. 11 kelebihan menjaga kucing.. cuba
baca kat bawah ni..

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular & serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yg tidak mempunyai kucing adalah antara 30 & 40 peratus lebih tinggi utk meninggal akibat penyakit yg melibatkan sistem kardiovaskular  drpd mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.

Aku bukan la tau sangat apa benda sistem-sistem ni, tapi yang aku tau, kucing bukan penyebab astma.. sebab sejak aku bela kucing ni, aku langsung tak sakit dada.. seyes tau ni.. J

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela  kucing dpt membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh kita. Hubungan antara kucing & pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

Nak kata kebal? Tak tau la.. tapi aku da jarang sakit sekarang.. ade kena mengena ke dengan kucing? Kalau ade, Alhamdulillah..

3. Mencegah Alergi

Jika mempunyai bayi membela kucing dpt membantu mencegah alergi pada anak. Ada beberapa kajian menyatakan bayi baru lahir yg hidup dengan haiwan kesayangan dpt mengelakkan alahan  berkembang.

Kalau nak citer bab allergic pula, buah hati aku kata badan aku da kurang da bintik-bintik.. pelik kan……. =,=

4. Membantu mencegah asma pada anak

Ada beberapa bukti bahawa hidup dgn kucing juga boleh membantu mencegah asma pd anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak dpt membantu mereka utk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini krn sentuhan antara anak dgn kucing dpt membantu mengatasi masalah pernafasan.

Perkara ni aku da sentuh kat no 1 tadi.. dan aku percaya pada fakta ni.. 199% yakin..

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yg tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Kucing tu kan manje, aku sendiri la, bila kucing tu manje, hati aku jadi tenang je..  darah pun terkawal bila kita cool kan..kan..kan..

6. Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yg tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dlm menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

Yang ni pun aku setuju sangat-sangat.. mana taknya, pagi-pagi bangun da kena bagi diowang makan, bersihkan najis diowang, letak pasir kat kotak diowang sebelom pergi kerja.. balik kerja pula, nak bersihkan balik najis diowang, bagi diowang makan lagi, kadang-kadang nak kena mandikan, nak sapu pasir yang diowang sepahkan. Sebelum tidur pastikan diowang da makan.. haiishh! Mane tak turun tahap kolestrol den.. ^^

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

            Hope la aku takkan kena stroke.. amiiin~~

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) & rasa cemas

Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing boleh membantu kita merasa lebih tenang & mengurangkan tahap stres.

Bila aku gaduh dengan si bintang hati, aku akan cakap dengan  kucing aku. “Anje, Angel, mummy x nak cakap dengan daddy” aku dapat rasakan yang diowang faham apa yang aku sampaikan.. pandangan mata diowang tu yang buat aku tenang.. so, kurangla stress sikit..

9. Menjadikan mood sentiasa “cool”

Berinteraksi dgn kucing boleh membantu memperbaiki mood . Memiliki kucing dpt membantu merasa lebih baik secara umum.

Aku jarang dapat berinteraksi dangan kucing-kucing aku.. yela, bz dgn kerja.. balik kerja pun da penat.. tp aku akan try la perbaiki semua ni..

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dgn autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dlm cara yang sama spt orang lain. Memiliki kucing benar2 dpt membantu dlm kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dlm terapi utk anak2 autis.

Yang ni, aku tak pasti.. sebab aku memang pendiam bile dengan orang yang aku tak kenal..

11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia & kucing dapat membantu mereka yg kesepian. Hanya dgn memiliki kucing di rumah & menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi..

Aku ada kawan nama kak mala, dia tinggal kat umah sewa sorang2.. pelik gak aku, boleh ke nak idup sorang ni? Tapi bile aku pergi umah dia ade 2 ekor kucing yang sangat cantik.. patut la.. ade peneman rupanya.. J

:: Jangan Benci Kucing ::



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya..
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..


p/s : hahaha.. aku rase kucing tu pakai GPS la.. 

:: SalaM RamadhaN ::

Last Updates 20 June 2011.. maknenye da dekat sebulan blog ni tak terusik.. haiishhh, buzy lorrr~~~~

ape ye perkembangan terbaru?

  • 1 ogos 2011 saya dan qiela dah di tetapkan jawatan di sektor kerajaan.. al-hamdulillah.. kami di tetapkan pada tarikh yang sama.. kebetulan.. rezeki ramadhan..
  • saya dan qiela baru je berpindah ke rumah baru.. rumah ayah kepada jaja mahsuri .. thanks sgt.. tak lupa kepada kawan terbaik aku kat parit raja ni kecik, ko banyak berjasa kat aku.. nnt aku masa aku bawak ko jalan-jalan ye sayang.. ♥ ♥ ♥
  • haa! kat rumah saya da ada banyak kucing baru.. ade anje, ada tommy, ade angel, ade ibu.. saya paling sayang ibu, tapi ibu kuar jalan-jalan sampai tak ingat balik rumah.. sedih saya.. nanti ade mase saya upload pic diowang.. sayang kat diowang semua..
  • saya da 3 minggu x balik rumah mak.. saya rindu mak saya.. :)
  • kehidupan saya? alhamdulillah.. saya bahgia walaupun kadang-kadang ada yang tidak sempurna.. saya sangat bersyukur.. sebab qiela sangat-sangat sabar dengan perangai saya.. 
  • berat badan saya turun 4 kg.. hehee.. agak bangga la.. sebab qiela selalu panggil saya GEMOK!.. kadang-kadang pelik gak, orang selalu kate saya ni kurus keding, tapi nape saya selalu nampak gemok kat mata buah hati saya ni.. hmm.. kompius... 
  • saya tengah berusaha STOP smoking.. ya.. sangat susah.. tp masih mencuba.. 
  • saya da dekat 3 minggu tak basuh kereta.. huuuyyyyooo... HEBAD kan? hehehehe.. 
  • saya suka deodorant terbaru saya (dashing green) bau dye sangat manis.. macam nak jilat je ketiak saya.. hahahaha
  • saya ada plan terbaik punya untuk suprise kan buah hati saya ni.. tapi maybe kene tunggu bulan depan.. sebab masa tak mengizinkan.. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
  • cukup takat ni sahaja.. nanti kalau saya rajin saya updates lagi ye.. :)
p/s : saya sayang si buncit saya sangat-sangat.. i love you baby...

20 June 2011

Don’t lose your pen, you will die..

Lost your pen=no pen 
No pen=no notes
Nonotes=no study
No study=Fail 
Fail=no diploma
No diploma=no work
no work=no money
no money=no food 
no food=you get skinny 
you get skinny=then you get ugly 
Ugly=no love
no love=no marriage 
no marriage=no children 
no children= alone
alone=depression 
depression=sickness 
sickness=death Lesson

p/s: Don’t lose your pen, you will die..

19 June 2011

::PeRaNGai::

Kecewa betul dengan diri sendiri. Susahkan sebenarnya nak menjadi diri sendiri bila dah punya pasangan. kena berusaha untuk menjaga hati pasangan. Bila buat silap yang disebabkan oleh perangai yang dah sebati dalam diri, mulalah terasa macam-macam. Rasa macam kecewa dengan diri. Kecewa juga kerana buatkan pasangan rasa sakit hati. Dan paling tak best ialah rasa macam diri tak layak dengan pasangan.


Mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Mulalah rasa macam nak patah balik. Mulalah rasa macam tak nak ada komitmen. Mulalah rasa nak hidup sorang-sorang sebab rasa macam tak mampu nak memahami hati dan perasaan orang lain. Rasa macam tak ada oranglah yang boleh 'tahan' dengan perangai saya itu.

Lagi sedih bila pasangan itu menangis kerana kita. Lagi sedih bila dia kata dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

I admit it. I admit that was my mistake and I admit that was my problem. Attitude problem. Apalah yang saya boleh buat agaknya untuk buat kita boleh jadi pasangan bahagia sampai ke syurga. Perangai saya itu memang susah nak diubah. Bodohnya diri ini sebab sudah banyak kali benda macam ini terjadi dan ia terus terjadi. Saya sendiri dah 'boring' dengan perangai sendiri. Awak ingat saya saja-saja nak berperangai macam ini. Senang sahaja kan bagi orang yang memandang dan memerhati. Sayapun tak suka nak buat awak kecewa.

Jadi apa yang perlu saya jawab untuk membela diri sedangkan saya tahu saya memang salah. Saya tahu meminta maaf adalah sesuatu yang BASI. Yeah, since dulu lagi bekalan saya hanya MAAF. Jadi, saya tahu awak dah muak dengan ungkapan MAAF. Susahnya nak MENJAGA HATI.

p/s : Saya akan pastikan ,saya takkan ulangi setiap perkara seperti yang terjadi semalam... saya betul-betul menyesal.

14 June 2011

::uNtUk AwAk::


Sayang. awak ingat x lagi semalam saya cakap ape dalam kete? saya cakap minggu ni saya kene jadi fasi kan? saya dapat check point dalam air. N sejujurnya saya x pandai berenang. N saya cakap tadi saya nak wat wasiat sebelom pergi kan? Takut jadi ape2 kat saya, tapi sebenarnya saya gurau je. X sangka lak awak boleh suruh saya pikir ape akan jadi kat awak bile saya xde… seyes saya memang terkedu semalam .. x leh nak cakap ape da.. terdiam seribu bahasa.

Sayang, awak tau kan saya sayang awak? u tau kan macam mane saya bergantung idup dgn awak? saya tak tahu mcm mana hidup saya bila awak tak ada disisi saya.

Saya tau , saya bukan yang terbaik untuk awak. but u can see macamne saya try untuk buat yang terbaik. Buat yang termampu. saya nak awak sentiase tau yang saya sayang kat awak.

saya tahu banyak benda yang terjadi antara kita . saya tahu saya banyak bagi awak masalah . saya banyak buat awak pikirkan saya . tapi sumpah saya tak penah ada niat nak buat awak camtuh . saya taknak jadi camnih . saya dah cuba bahagiakan awak selagi saya bernafas nih ... tapi saya tak tahu sama ada awak bahagia ke tak dengan saya ? saya tak kesah saya rela kalo saya terluka janji saya tengok awak senyum . apa yang paling penting bagi saya cme kebahagiaan awak je . saya tak kesah pasal diri saya sebab apa yang paling utama cuma awak je . saya rela hilang segalanya dalam hidup saya . saya rela hilang nyawa saya demi awak .. saya cume taknak hilang awak dari hidup saya walaupon hanya sesaat . saya sayangkan awak . ikhlas sayangkn awak . saya tak tahu nak jawab camne knape saya sayangkan awak sebab saya takde jawapan tu kat mulut . semua jawapan saya dalam hati . saya terharu sangat bila awak cakap yang awak sayangkan saya. banyak kenangan kita berdua sampaikan dah takde tempat saya nak simpan dalam hati saya sebab dalam hati saya dah penuh dengan cinta dan sayang saya dekat awak . kalo bole tiap masa saya nak bersama awak . taknak berenggang walau sekejap pon . saya nak awak tahu betapa sayangnyer saya dekat awak . kadang kadang saya menangis sebab saya terlampau pkirkan awak . saya isau hati awak pada saya camne? pe awak buat bile saya dah tade ? awak masih sayang saya lagi tak ? masih ingat saya lagi tak bile saya tade nanti ? masa tu baru saya sedar yang saya tak boleh hilang awak walau pon sekejap . awak bagaikan nadi saya setiap kali jantung saya berdenyut . awak bagaikan nyawa saya setiap kali saya bernafas . setiap hari saya sayangkn awak .. tersangat sayangkan awak walaupon saya tahu saya tak mungkin bersama awak :(

selagi saya bernafas saya janji yang saya akan jadi yang terbaek tuk awak . saya janji yang saya akan bahagiakan awak dengan apa cara sekali pon . tapi bila saya dah tade nanti saya nak awak janji yang awak akan bahagia jugak dengan sape sape pon walaupon bukan dengan saya . saya tanak tengok awak menangis sebab saya . saya terluka sangat bile air mata awak keluar tuk saya . walaupon saya dah tade nanti tu tak bermaksud saya lupa awak . saya akan tengok awak , jaga awak , cintakan awak , rindukan awak , sayangkan awak , mimpikan awak dari jauh .. saya nak awak tahu yang cinta saya pada awak saya bawak sampai saya mati . setiap satu kenangan kita saya tak kan lupakan .. saya akan simpan lelok dalam hati saya . saya bersyukur sangat sebab dapat kenal awak , rindukan awak , sayangkan awak dan cintakan awak walaupon sekejap tapi tu sangat bermakna bagi saya . saya bersyukur sebab tuhan bagi saya peluang tuk cintakan awak sampai akhir hayat saya sampai hembusan nafas saya yang terakhir . tuhan sayang saya sebab tu dia hadiahkan awak tuk saya di saat saat akhir sisa hidup saya . saya tak meyesal sebab saya bertuah dapat rase cinta dan sayang awak pada saya . 

awak , bila saya dah tade nanti awak jaga diri baek baek ek ?. jangan bangun lambat . jangan cuci mata sangat . dan bila masa tiba tuk awak bercinta , awak berilah cinta dan hati awak yang pernah saya miliki dulu tuk orang yang betol betol cintakn awak sama cam saya cintakan awak . saya taknak air mata awak jatuh lagi tuk orang yang awak sayang . kalo bole biar lah saya orang yang terakhir buat awak menangis . setiap titis air mata awak yang jatuh tu saya akan ingat sampai mati . saya nak awak tahu yang saya sayangkan awak lebih dari segala nya . saya cintakan awak lebih dari nyawa saya sendri . jangan pernah lupakan kenangan kita . jangan pernah lupakan cinta saya pada awak . saya akan doakan awak bahagia dengan orang yang awak sayang walaupon orang tu bukan saya . saya akan terus cintakan awak dan cinta tu tak kan pudar walaupon saya dah takde nanti . awak kenangan yang paing indah pernah saya ada . hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya di sepanjang perjalanan saya . andai jodoh kita hanya disini saya redha dan saya terima sebab tuhan dah bagi saya peluang tuk menyintai awak da menyayangi awak walaupon masa nya hanya sekejap . terima kaseh tuk segalanya . tuk segala yang pernah awa buat tuk saya . andai takdir awak hilang saya , saya nak awak carik lah yang lebih baek dari saya yang mampu jaga awak dan mampu menyayangi awak seperti yang awak nak .

terima kaseh tuk rindu awak , sayang awak , cinta awak pada saya . terima kaseh sebab sudi hadir dalam hidup saya . ajar saya erti cinta . awak anugerah terhebat pernah saya ada . saya sayangkan awak lebih dari awak tahu . saya cintakan awak lebih dari nyawa saya lebih dari segalanya ..

p/s : saya tak kan lupa kan titis titis air mata yang keluar dari kelopak mata awak tuk saya . setitik air mata awak yang jatuh tu sangat sangat melukakan hati saya :'(

:: CiNtA HaTi SaYa::



kalo awk tengah baca blog saya sekarang ni saya harap awak jangan senyum sorang sorang . saya tak tau nak tulis sal apa entri kali nih . jadi saya decide na tulis tentang apa yang saya tengah rase lam jiwa raga jantung hati saya sekarang . awak jangan gelak . saya ikhlas tulis ni dan saya betol betol maksudkan nya . 

·                     saya sedang berusaha menghargai pasangan saya dan belajar menjadi seorang peCINTA yang SETIA . percaya lah :)
·                     saya rela lepaskan segalanya demi awak . saya rela hilang semuanya untuk awak . tapi satu je saya tak rela KEHILANGAN awak walaupon satu saat dalam hidup saya .
·                     saya berjanji pada awak no matter wat happen no matter wat life is gonna be soon i will always smile like u had taught and never give up .
·                     kalo dulu saya berhenti tuk mencintai orang dan belajar untuk dicintai tapi sekarang saya dah buat dua dua . BELAJAR MENCINTAI dan DICINTAI 
·                     in life , ALLAH tak bagi kita seseorang yang kita nak . but DIA bagi kita seseorang yang kita perlukan untuk sayangkan kita , lukakan kita and teach us the REAL MEANING of LIFE . dan semua itu saya belajar selepas kenal dengan awak .
·                     saya sayangkan awak dan saya harap awak tolong jangan tanya kan saya sebab kenapa . kerana saya tak punyer jawapan dari kata kata tuk soalan itu . jawapan nya ada dalam hati saya dan hanya hati saya yang tahu . saya harap awak hargai nya :)
·                     if someone ask me who i want to be with , i would simply say " someone who can understand dat im not perfect " . dan orang itu cuma awak sorang saja .
·                     MULUT & HATI manusia tak sama . begitu jugak saya . saya harap awak percaya kan pada HATI saya bukan mulut saya .
·                     saya tak seCANTIK orang laen . harap awak sayang saya seadanya.. J
·                     saya mintak maaf sebab saya menyintai awak . memuja awak . terlanjur merindukan awak dan saya mintak maaf jugak sebab saya mungkin tak padan dengan awak tapi saya berJANJI yang saya akan JAGA CINTA kita sampai akhir hayat nanti :)
·                     saya tanak orang laen dalam hidup saya . saya cuma nak awak saja . cukup ada awak sorang je . tolong jangan pergi dari saya da tolong jangan amik awak dari saya . sebab saya tak boleh kehilangan awak . saya tak bole hidup tanpa awak .
·                     sekali saya dah berSUMPAH yang saya SAYANG kan awak tak kan pernah ada yang laen dalam hati saya kecuali awak 

p/s : saya sayang awak sangat-sangat sebab pada mula kita kenal awak da curi hati saya sampai kan saya sentiasa teringat kat awak . isaukan awak . rindukan awk . cintakan awak . perlukan awak . saya tahu sayang saya mungkin tak cukup tuk buktikan pada awak .tapi saya tetap cuba tuk sayangkan awak lebih dari saya sayang diri saya . cinta saya suci ikhlas tuk awak sejak awak hadir lam hidup saya . saya tak nak cinta ni cuma bertahan sekejap. aminn .. saya tak nak hilang awak . tapi andai ditakdirkan awak hilang saya , cari lah yang lebih baek dari saya yang mampu mnyayangi awak seperti mane awak nak . terima kasih sebab sudi hadir lam hidup saya .ajar saya erti cinta . saya sayang awak . cintakan awak sepenuh hati saya . awak anugerah yang terhebat pernah saya dapat .

07 June 2011

:: HiDuP iNi ::


Pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorbanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku perlu kuat, perlu tabah, tak boleh merengek, tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...

owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk,~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku,...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, ayah dan mak, family aku dan si bintang hati aku.. 

aku masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~ 

aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur,  aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~

Sungguh, hidup terasa payah andai masih ada sisa-sisa dendam yang tersemat di hati. Benci! Hanya dengan mendengar apa saja yang berkaitan dengan nya mampu membuatkan tangan dikepal menahan marah. Andai terpandang nama nya saja seakan-akan ada api marah yang seakan-akan mahu melonjak keluar dari dalam dada. Belum lagi melihat susuk tubuh si empunya diri, mahu saja dirodok dengan penyapu sehingga longlai.

Tapi.. selepas itu apa? Hati puaskah? Kemudian? Ah..takkan ada penghabisan melainkan kebencian yang akan terus menerus membakar diri sehingga diri juga turut tersungkur dalam api yang diciptakan sendiri..

Wahai diri.. dendam dan benci itu tidak akan berada pada jiwa seorang mukmin yang sejati. Andai engkau masih tidak memahami, ulangi lagi membaca pesan yang baru kau tulis tadi..


Wahai diri..ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata..maka, Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘asbab’, lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau di sakiti oleh dia, maka Allah sedang mengajarmu erti redha.

Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan perbuatan mereka.Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. Sedarilah,  yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Jangan bimbang jika tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri kita sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Wahai diriku..

Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar dari meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahh..apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?

Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh di dalam diri..ada suara lain yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan… berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.  Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang ‘baqa’..

Lagipun.siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Hidup ini terlalu singkat untuk membenci..

 

p/s : Dalam diam  ada sepi..dalam sepi.. beribu kata tersembunyi.. dalam diam.. ada hening.. dalam hening... beribu bisik merayu.. dalam diam ada pedih.. pedih yang tak dapat kuungkap.. dalam diam.. dalam diam.. dalam diam.. sebenarnya aku terluka.. dalam diam.. sepi bicara.. hening bicara.. alam bicara.. jiwa bicara ..hati bicara..

03 June 2011

::TerKilaN::

korang penah rase terkilan x? 
sumpah wei.. ak memang terkilan dengan pempuan sorg ni..
dulu mase kapel dengan aku macam2 aku bagi..
macam2 dye minta..
sekarang bukan main lagi...

aku just minta balik duit aku..
tapi ape dye cakap?
dye kate aku sape Sekarang?
macam celaka..
hari tu ko gak yang nak bagi balik semua hutang2 ko..
bile aku minta ko cakap macam orang x bersalah..
wei.. dulu ko kapel dengan aku mase tu ko xbekerja..
nak beli ape semua meseg aku..
semua ape ko nak makan ko minta kat aku..
sekarang byk hal la plak..

ko cakap bab agama dengan aku?
ko cakap ilmu agama aku lg tinggi kan? 
masalahnye ko agama ape?
x same ke dengan aku?

ko pk la, sampai sekarang ko still gune name yang ak bagi..
kalau ko ubah name ko semua da x kenal ko..
pelik kan? kalau da putus dengan ak gune la name ko sndiri.
same macam ko dengan ejay dulu..
haha.. kelakar la ko ni..
umur ko pn da masuk 26..
ko pk la ye kakak..

aku just minta balik duet aku.
kalau ko xleh nak pulang.. sila cakap elok2..
ni da la x nak pulangkan..
budi bahasa xde pulak tu..
aku tau ko balajar pun x abes kan..
tapi aku rase mak ko didik ko dgn betul..
ko ade otak..pk la sendiri..

ke ko nak aku ingat kan ko?
ape yang ko sumpah dengan ak? 
kalau aku tinggalkan ko, ko akan kahwin dengan lelaki?
betul x?
kala sumpah ko pun ko xleh nak buat..
tolong la jangan nak memekak dengan aku..

sape2 yang bace entri aku ni..
sampaikan la kat MANJE aku tu..
kalau da berhutang.. tolong la bayar..
kalau xdapat nak bayar..
tolong la berbudi bahasa..
jangan la nak buat perangai macam sial kan..

kalau macam ni perangai ko, 
memang aku x heran la ramai yang x suke ko..
patut la semua kawan2 aku menyampah dengan ko..
patut la ade page khas tuk blame ko..
sebab ape?
sebab memang perangai ko teruk..

ko cakap ape?
aku bawak ko g check in just untuk "teman" aku?
kalau betul pun aku da bayar pun kan?
so x payah la nak mengungkit okay..

aku kan paling x suke cari pasal..
n paling x berminat nak mencarut2 ni..
maybe terkilan kowt dengan perangai bangang ko tu..

okay la.. aku buat entri ni bukan nak malukan ko..
tapi ni blog aku kan.? 
suke ati aku la ye..
tq~

p/s: x sabar nak minta abg gaji esok..