Pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorbanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku perlu kuat, perlu tabah, tak boleh merengek, tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...
owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk,~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku,...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, ayah dan mak, family aku dan si bintang hati aku..
aku masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~
aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur, aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~
Sungguh, hidup terasa payah andai masih ada sisa-sisa dendam yang tersemat di hati. Benci! Hanya dengan mendengar apa saja yang berkaitan dengan nya mampu membuatkan tangan dikepal menahan marah. Andai terpandang nama nya saja seakan-akan ada api marah yang seakan-akan mahu melonjak keluar dari dalam dada. Belum lagi melihat susuk tubuh si empunya diri, mahu saja dirodok dengan penyapu sehingga longlai.
Tapi.. selepas itu apa? Hati puaskah? Kemudian? Ah..takkan ada penghabisan melainkan kebencian yang akan terus menerus membakar diri sehingga diri juga turut tersungkur dalam api yang diciptakan sendiri..
Wahai diri.. dendam dan benci itu tidak akan berada pada jiwa seorang mukmin yang sejati. Andai engkau masih tidak memahami, ulangi lagi membaca pesan yang baru kau tulis tadi..
Wahai diri..ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata..maka, Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘asbab’, lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau di sakiti oleh dia, maka Allah sedang mengajarmu erti redha.
Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan perbuatan mereka.Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. Sedarilah, yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Jangan bimbang jika tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri kita sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.
Wahai diriku..
Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar dari meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahh..apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?
Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh di dalam diri..ada suara lain yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan… berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang ‘baqa’..
Lagipun.siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Hidup ini terlalu singkat untuk membenci..
p/s : Dalam diam ada sepi..dalam sepi.. beribu kata tersembunyi.. dalam diam.. ada hening.. dalam hening... beribu bisik merayu.. dalam diam ada pedih.. pedih yang tak dapat kuungkap.. dalam diam.. dalam diam.. dalam diam.. sebenarnya aku terluka.. dalam diam.. sepi bicara.. hening bicara.. alam bicara.. jiwa bicara ..hati bicara..






