19 June 2011

::PeRaNGai::

Kecewa betul dengan diri sendiri. Susahkan sebenarnya nak menjadi diri sendiri bila dah punya pasangan. kena berusaha untuk menjaga hati pasangan. Bila buat silap yang disebabkan oleh perangai yang dah sebati dalam diri, mulalah terasa macam-macam. Rasa macam kecewa dengan diri. Kecewa juga kerana buatkan pasangan rasa sakit hati. Dan paling tak best ialah rasa macam diri tak layak dengan pasangan.


Mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Mulalah rasa macam nak patah balik. Mulalah rasa macam tak nak ada komitmen. Mulalah rasa nak hidup sorang-sorang sebab rasa macam tak mampu nak memahami hati dan perasaan orang lain. Rasa macam tak ada oranglah yang boleh 'tahan' dengan perangai saya itu.

Lagi sedih bila pasangan itu menangis kerana kita. Lagi sedih bila dia kata dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

I admit it. I admit that was my mistake and I admit that was my problem. Attitude problem. Apalah yang saya boleh buat agaknya untuk buat kita boleh jadi pasangan bahagia sampai ke syurga. Perangai saya itu memang susah nak diubah. Bodohnya diri ini sebab sudah banyak kali benda macam ini terjadi dan ia terus terjadi. Saya sendiri dah 'boring' dengan perangai sendiri. Awak ingat saya saja-saja nak berperangai macam ini. Senang sahaja kan bagi orang yang memandang dan memerhati. Sayapun tak suka nak buat awak kecewa.

Jadi apa yang perlu saya jawab untuk membela diri sedangkan saya tahu saya memang salah. Saya tahu meminta maaf adalah sesuatu yang BASI. Yeah, since dulu lagi bekalan saya hanya MAAF. Jadi, saya tahu awak dah muak dengan ungkapan MAAF. Susahnya nak MENJAGA HATI.

p/s : Saya akan pastikan ,saya takkan ulangi setiap perkara seperti yang terjadi semalam... saya betul-betul menyesal.