04 December 2011

::Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar::


Bismillahirrahmanirrahim…..

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya..

Pemuda : Anda siapa Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-
1.Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan kepada saya
2.Apakah yang dinamakan takdir
3.Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api,
tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Tiba-tiba Imam tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan keras.

Pemuda : Kenapa anda marah kepada saya? (sambil menahan sakit)

Imam : Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Imam : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Imam : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Imam : Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Imam : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Imam : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Imam : Itulah yang dinamakan takdir.

Imam : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Imam : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan…

Wallahualam…..


P/s : Jangan lupa Sebarkan pada MUSLIM yang lain..:)

26 November 2011

:: Tazkirah Pagi ::


BESI itu kuat, tapi API mampu meleburnya

Api itu kuat, tapi AIR mampu memadamnya


AIR itu kuat, tapi AWAN mampu menyejatnya

AWAN itu kuat, tapi ANGIN mampu menolaknya

ANGIN itu kuat, tapi BUKIT mampu menghalangnya

BUKIT itu kuat, tapi MANUSIA mampu menghancurkannya

MANUSIA itu kuat, tapi NAFSU mampu menundukkanya

NAFSU itu kuat, tapi IMAN MAMPU MENGALAHKANNYA

:: teringat ::

Da lame x bukak lappy ni.. tetibe jumpe something yg membuatkan aku teringat kisah kami.... ni la letter yg aku bg mase lamar si "cinta hati" dulu.. 


HEY sayang . Happy birthday sayang. Semoga panjang umur dan bahagia selalu. 

Sayang , baru berapa hari kita bersama kn, berkasih sayang. i x tau macamne nak terangkan perasaan i kat u. But i want u know, honestly, i sayang kat u.

Sayang , maybe kite x kenal lagi each other, but we can try rite? I hope sgt2 u bg i peluang. i nak u jadi wanita paling bahagia sekali. Bg peluang kat i utk buktikan. Pls....

Baby , maybe bila kita da saling mengenali, u akan Nampak perubahan. Thats not perubahan, but that’s who i am. i kuat cemburu, baran, selfish, keras kepala n macam2 lagi. I harap u boleh terima i seadanya.

Sayang , i xkan minta banyak kat u, i just nak kita saling jujur, saling memahami. U know, hubungan kita bukan normal. Cinta terlarang. U faham kan maksud i? So, i harap kita sama2 dapat harungi cabaran ni. Sayang, sekuat mana pun besarnya cabaran yang datang, please, i’m here. Hold my hand. As long as i mampu, i will. i tau, u akan cepat bosan dgn i, but i akan tanggung risiko ni, sbb i mmg sayang sgt kat u. J

“u more important than everything”

sayang ..hati i sekarang hanya utk u.. 
i adalah untuk u,, 
i akan menjadi teman tika duka u,, 
i xkan tinggalkn u... 
thats my promise.. 
mgkn u da x pndg jnji2 yg i taburkn,, 
tp i ikhlas... 
i trust u...i serahkan kprcyaan i pada u... 
i hope u tidak akn mngkhianati i.. 
bila tba masanya kita akn dipshkn 0r terpsh.. 
ingtlah,, 
i tetap syg u..... 
i akn ttp syg u smpai bile2..

Please don’t think its funny,
When I want a hug from you.
Because there’s a lot of time
I need your warmth.
Please don’t think its funny,
When I want a kiss from you.
Because the sweetness of it,
Excelled the honey.
Please don’t think its funny,
When I want you to hold me tight.
Because there’s a time
I’m scared to loss you.
Please don’t think its funny,
When I want to watch your smile.
Because for the whole of my life,
I don’t want to forget my lover
buat aqilla yang akid sayang... 

walaupun awak bukan yang pertama 
tapi bagi saya awak tetap yang pertama 

buat aqilla yang paling saya sayang... 
terima kasih kerana sentiasa sabar ngan sikap saya, 

buat awak yang paling saya kasihi... 
terima kasih kerana masih sabar ngan saya,walau pun saya ni banyak kekurangan, 

buat awak yang sentiasa dalam ingatan saya..... 
terima kasih kerana hanya awak merindui saya 
terima kasih...terima kasih... 


NOR AQILLA BINTI MOHD NOR
BABY, WOULD YOU LIKE TO BE MY GURL??? 

16 August 2011

:: kisah rumit pasangan suami dan isteri ::


Laki telefon,
Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Tak mau bang, bini awak diet...
Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah....
Bila laki tanya balik,
Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
memangla orang kata tak mau apa-apa...
Tapi belikan jer la apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....
Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?


-----------------------------------------------------------------

Laki telefon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik kerja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?


----------------------------------------------------------------

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------
 
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau


Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer

Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...
Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?


---------------------------------------------------------------

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...? <--- laki tanya
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu... pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn... Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? kalau orang tengok,
nanti orang ingat anak kita sami ha... Kesian lelaki... alahaii



15 August 2011

:: Kelebihan Menjaga Kucing ::


Kucing? Semua tau aku ni memang la alah kat kucing.. pantang je ada kucing dekat, mau menjerit aku di buatnya.. sapa-sapa yang rapat dengan aku mesti da tau da hakikat kehidupan aku yang sangat-sangat anti dengan keturunan kucing.. sebenarnya bukanlah tak suka, tapi aku ni ada astma, ramai orang bagitau aku bulu kucing ni boleh menyebabkan astma..

Tapi tu dulu, semua da berubah sekarang.. ramai yang PELIK tetibe je kat umah aku ade 4 ekor kucing.. betul la kata orang, tak kenal maka tak cinta.. bila aku ada kucing, baru aku sedar yang diowg ni sangat-sangat BEST!

And pagi tadi tetibe je aku terbace 1 artikel.. 11 kelebihan menjaga kucing.. cuba
baca kat bawah ni..

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular & serangan jantung

Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yg tidak mempunyai kucing adalah antara 30 & 40 peratus lebih tinggi utk meninggal akibat penyakit yg melibatkan sistem kardiovaskular  drpd mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah.

Aku bukan la tau sangat apa benda sistem-sistem ni, tapi yang aku tau, kucing bukan penyebab astma.. sebab sejak aku bela kucing ni, aku langsung tak sakit dada.. seyes tau ni.. J

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)

Membela  kucing dpt membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh kita. Hubungan antara kucing & pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

Nak kata kebal? Tak tau la.. tapi aku da jarang sakit sekarang.. ade kena mengena ke dengan kucing? Kalau ade, Alhamdulillah..

3. Mencegah Alergi

Jika mempunyai bayi membela kucing dpt membantu mencegah alergi pada anak. Ada beberapa kajian menyatakan bayi baru lahir yg hidup dengan haiwan kesayangan dpt mengelakkan alahan  berkembang.

Kalau nak citer bab allergic pula, buah hati aku kata badan aku da kurang da bintik-bintik.. pelik kan……. =,=

4. Membantu mencegah asma pada anak

Ada beberapa bukti bahawa hidup dgn kucing juga boleh membantu mencegah asma pd anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak dpt membantu mereka utk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini krn sentuhan antara anak dgn kucing dpt membantu mengatasi masalah pernafasan.

Perkara ni aku da sentuh kat no 1 tadi.. dan aku percaya pada fakta ni.. 199% yakin..

5. Mengurangkan Tekanan Darah

Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yg tidak mempunyai haiwan peliharaan.

Kucing tu kan manje, aku sendiri la, bila kucing tu manje, hati aku jadi tenang je..  darah pun terkawal bila kita cool kan..kan..kan..

6. Menurunkan Kolestrol

Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yg tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dlm menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

Yang ni pun aku setuju sangat-sangat.. mana taknya, pagi-pagi bangun da kena bagi diowang makan, bersihkan najis diowang, letak pasir kat kotak diowang sebelom pergi kerja.. balik kerja pula, nak bersihkan balik najis diowang, bagi diowang makan lagi, kadang-kadang nak kena mandikan, nak sapu pasir yang diowang sepahkan. Sebelum tidur pastikan diowang da makan.. haiishh! Mane tak turun tahap kolestrol den.. ^^

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke

Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

            Hope la aku takkan kena stroke.. amiiin~~

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) & rasa cemas

Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing boleh membantu kita merasa lebih tenang & mengurangkan tahap stres.

Bila aku gaduh dengan si bintang hati, aku akan cakap dengan  kucing aku. “Anje, Angel, mummy x nak cakap dengan daddy” aku dapat rasakan yang diowang faham apa yang aku sampaikan.. pandangan mata diowang tu yang buat aku tenang.. so, kurangla stress sikit..

9. Menjadikan mood sentiasa “cool”

Berinteraksi dgn kucing boleh membantu memperbaiki mood . Memiliki kucing dpt membantu merasa lebih baik secara umum.

Aku jarang dapat berinteraksi dangan kucing-kucing aku.. yela, bz dgn kerja.. balik kerja pun da penat.. tp aku akan try la perbaiki semua ni..

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis

Mereka dgn autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dlm cara yang sama spt orang lain. Memiliki kucing benar2 dpt membantu dlm kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dlm terapi utk anak2 autis.

Yang ni, aku tak pasti.. sebab aku memang pendiam bile dengan orang yang aku tak kenal..

11. Mengurangkan Kesepian

Hubungan persahabatan antara manusia & kucing dapat membantu mereka yg kesepian. Hanya dgn memiliki kucing di rumah & menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi..

Aku ada kawan nama kak mala, dia tinggal kat umah sewa sorang2.. pelik gak aku, boleh ke nak idup sorang ni? Tapi bile aku pergi umah dia ade 2 ekor kucing yang sangat cantik.. patut la.. ade peneman rupanya.. J

:: Jangan Benci Kucing ::



Budin seorang yang amat benci pada kucing, entah apa silap yang telah dibuat oleh kucing padanya tiada siapa yang tahu.
Walaupun begitu, jodoh pertemuan sememangnya ketentuan Ilahi, Budin bertemu jodoh dengan Gayah yang sememangnya amat suka dan cinta pada kucing. Bukan itu sahaja, sebelum berkahwin dengan Budin, Gayah sudah sedia ada membela seekor kucing siam.
Maka dari hari ke hari, bertambah benci dan meluatlah Budin pada kucing terutama si Tompok, kucing siam peliharaan isterinya. Apa tidaknya, Gayah lebih memberi tumpuan kepada si Tompok dalam kehidupan sehari-hariannya. Hal ini membuatkan Budin beranggapan, Gayah lebih sayang si Tompok berbanding dengan dirinya..
Akibat tidak mahu terus tertekan dengan keadaan ini, Budin membuat rancangan untuk mengusir si Tompok dari hidupnya dan hidup isterinya, Gayah. Maka, bermulalah dengan rancangan jahat Budin.

Pucuk dicita ulam yang mendatang, ketika isterinya sedang asyik mandi , Budin dengan tanpa segan silunya telah menangkap si Tompok, disumbat dalam karung beras Mehsuri. Tanpa berlengah terus merempit motor kapcainya sehingga jauh dari rumahnya , lebih kurang 10 km lalu dihumbanlah si Tompok tanpa belas kasihan. Dengan hati gembira, baliklah dia ke rumah dengan siulan mengikut rentak lagu Cindai nyanyian Siti Nurhaliza.
Tapi, kegembiraan hanyalah sementara bila tiba di rumah si Tompok dengan sombong bongkaknya melanggok depan pintu lagaknya menyambut kepulangan Budin. Sakitnya hati Budin tak dapat digambarkan.
Besoknya, Budin meneruskan rancangan jahatnya. Kali ini lebih jauh dibawa si Tompok, 20 km dari rumahnya. Tetapi seperti semalam Tompok Berjaya mendahuluinya pulang ke rumah. Budin tidak putus asa begitu sahaja, alang-alang peluk pekasam, biar habis basah sampai ke pangkal lengan.
Maka nekadlah Budin, kali ini dia bukan sahaja hendak buang Tompok lagi jauh tapi dibawanya Tompok pusing-pusing dahulu. Habis semual jalan ditempuh, sekijap ke kiri, sikijap ke kanan, yang lurus, yang bengkok, segala kona, segala selekoh habis dirempitnya dan akhirnya si Tompok dibuang begitu sahaja.
Selang berapa minit kemudian, Budin menelefon Gayah. Budin: Ayang, Tompok ada kat dalam rumah tak, tanya Budin dengan penuh suspen lagi berdebar-debar. ..
Gayah: Ada, ada dekat depan pintu tu ha, Kenapa? tanya Gayah keheranan.
Budin: Panggil dia! herdik Budin dengan nada yang tinggi…
Gayah: Kenapa? tanya Gayah lagi.
Budin. Aku nak tanya dia, bagaimana nak balik ke rumah. Aku sesat ni..


p/s : hahaha.. aku rase kucing tu pakai GPS la.. 

:: SalaM RamadhaN ::

Last Updates 20 June 2011.. maknenye da dekat sebulan blog ni tak terusik.. haiishhh, buzy lorrr~~~~

ape ye perkembangan terbaru?

  • 1 ogos 2011 saya dan qiela dah di tetapkan jawatan di sektor kerajaan.. al-hamdulillah.. kami di tetapkan pada tarikh yang sama.. kebetulan.. rezeki ramadhan..
  • saya dan qiela baru je berpindah ke rumah baru.. rumah ayah kepada jaja mahsuri .. thanks sgt.. tak lupa kepada kawan terbaik aku kat parit raja ni kecik, ko banyak berjasa kat aku.. nnt aku masa aku bawak ko jalan-jalan ye sayang.. ♥ ♥ ♥
  • haa! kat rumah saya da ada banyak kucing baru.. ade anje, ada tommy, ade angel, ade ibu.. saya paling sayang ibu, tapi ibu kuar jalan-jalan sampai tak ingat balik rumah.. sedih saya.. nanti ade mase saya upload pic diowang.. sayang kat diowang semua..
  • saya da 3 minggu x balik rumah mak.. saya rindu mak saya.. :)
  • kehidupan saya? alhamdulillah.. saya bahgia walaupun kadang-kadang ada yang tidak sempurna.. saya sangat bersyukur.. sebab qiela sangat-sangat sabar dengan perangai saya.. 
  • berat badan saya turun 4 kg.. hehee.. agak bangga la.. sebab qiela selalu panggil saya GEMOK!.. kadang-kadang pelik gak, orang selalu kate saya ni kurus keding, tapi nape saya selalu nampak gemok kat mata buah hati saya ni.. hmm.. kompius... 
  • saya tengah berusaha STOP smoking.. ya.. sangat susah.. tp masih mencuba.. 
  • saya da dekat 3 minggu tak basuh kereta.. huuuyyyyooo... HEBAD kan? hehehehe.. 
  • saya suka deodorant terbaru saya (dashing green) bau dye sangat manis.. macam nak jilat je ketiak saya.. hahahaha
  • saya ada plan terbaik punya untuk suprise kan buah hati saya ni.. tapi maybe kene tunggu bulan depan.. sebab masa tak mengizinkan.. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
  • cukup takat ni sahaja.. nanti kalau saya rajin saya updates lagi ye.. :)
p/s : saya sayang si buncit saya sangat-sangat.. i love you baby...

20 June 2011

Don’t lose your pen, you will die..

Lost your pen=no pen 
No pen=no notes
Nonotes=no study
No study=Fail 
Fail=no diploma
No diploma=no work
no work=no money
no money=no food 
no food=you get skinny 
you get skinny=then you get ugly 
Ugly=no love
no love=no marriage 
no marriage=no children 
no children= alone
alone=depression 
depression=sickness 
sickness=death Lesson

p/s: Don’t lose your pen, you will die..

19 June 2011

::PeRaNGai::

Kecewa betul dengan diri sendiri. Susahkan sebenarnya nak menjadi diri sendiri bila dah punya pasangan. kena berusaha untuk menjaga hati pasangan. Bila buat silap yang disebabkan oleh perangai yang dah sebati dalam diri, mulalah terasa macam-macam. Rasa macam kecewa dengan diri. Kecewa juga kerana buatkan pasangan rasa sakit hati. Dan paling tak best ialah rasa macam diri tak layak dengan pasangan.


Mulalah nak fikir yang bukan-bukan. Mulalah rasa macam nak patah balik. Mulalah rasa macam tak nak ada komitmen. Mulalah rasa nak hidup sorang-sorang sebab rasa macam tak mampu nak memahami hati dan perasaan orang lain. Rasa macam tak ada oranglah yang boleh 'tahan' dengan perangai saya itu.

Lagi sedih bila pasangan itu menangis kerana kita. Lagi sedih bila dia kata dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

I admit it. I admit that was my mistake and I admit that was my problem. Attitude problem. Apalah yang saya boleh buat agaknya untuk buat kita boleh jadi pasangan bahagia sampai ke syurga. Perangai saya itu memang susah nak diubah. Bodohnya diri ini sebab sudah banyak kali benda macam ini terjadi dan ia terus terjadi. Saya sendiri dah 'boring' dengan perangai sendiri. Awak ingat saya saja-saja nak berperangai macam ini. Senang sahaja kan bagi orang yang memandang dan memerhati. Sayapun tak suka nak buat awak kecewa.

Jadi apa yang perlu saya jawab untuk membela diri sedangkan saya tahu saya memang salah. Saya tahu meminta maaf adalah sesuatu yang BASI. Yeah, since dulu lagi bekalan saya hanya MAAF. Jadi, saya tahu awak dah muak dengan ungkapan MAAF. Susahnya nak MENJAGA HATI.

p/s : Saya akan pastikan ,saya takkan ulangi setiap perkara seperti yang terjadi semalam... saya betul-betul menyesal.