20 March 2011

::dreaming::


Okay…Hatiqah please bring me breakfast in bed first thing tomorrow, thank you :)


and i want this.. eh! no... i need!!


and i love hugs from the back…it’s surprising and pleasing at the same time.

so..awak tau apa awak kene buat.. hehe.. 

p/s : i'm just dreaming~~ :(

DOMINO'S??


I love pepperoni topping with extra cheese GAWWWDDDD it’s heaven!!!
But I really don’t get it why do I never have my pizza with as many pepperonis as this picture…and why don’t we have Domino’s in our place???


I want Domino’s Pizza. I’m kinda sick of Pizza Hut…but not really.

06 March 2011

::WHAT ARE WORDS::



scrollamount=”2“><img src=”urlGambarAnda” width=”100” height=”100” alt=”smile” />Your message here



::You see, each day I love you moreToday more than yesterday and less than tomorrow::

Anywhere you are, I am near
Anywhere you go, I'll be there
Anytime you whisper my name, you'll see
How every single promise I keep
Cuz what kind of guy would I be
If I was to leave when you need me most

What are words
If you really don't mean them
When you say them
What are words
If they're only for good times
Then they don't
When it's love
Yeah, you say them out loud
Those words, They never go away
They live on, even when we're gone

And I know an angel was sent just for me
And I know I'm meant to be where I am
And I'm gonna be
Standing right beside her tonight

And I'm gonna be by your side
I would never leave when she needs me most

I'm forever keeping my angel close

04 March 2011

::i'm sory::

seminggu da menahan sakit.. setiap malam asthma attack.. baru-baru ni bangun je dari tidur tangan kiri dan kaki kanan saya penuh dengan calar balar.. malam semalam muntah-muntah + diarrhea.. tahap kritikal.. berpeluh-peluh, then mimipi buruk.. ati sangat-sangat tidak tenang,, x tau la.. 

kawan-kawan.. sekiranya saya ada buat salah sama ada saya sengaja atau tidak, harap dapat la maafkan saya ye,,saya manusia biasa, x lari dari melakukan kesalahan..saya tau saya manusia yang penuh dengan kekurangan.. kalau saya ada buat salah, tersakitkan hati sesiapa, terasa hati, saya dengan sepuluh jari memohon maaf atas segalanya..


saya  sayang kawan-kawan saya. cuma kadang-kadang angin saya x berapa elok.. harap mereka semua mengerti.. 

p/s: sakit ! tp saya boleh bersabar lagi...

::untitle::

(Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. 
Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah...)

kite gelak same same.
guling same same.
makan same same.
tidur same same.
mandi same same.
buat homework same same.
ape yang x same same??

banyak lagi mende yang kita buat sama sama. tapi sebab saya ni hanyalah seorang manusia yang lemah, sy pun x ingat jugak.. kih . kih . kih .

p/s: saya da mula rase CEMBURU.. x suke owh perasaan ni.. sangat2 benci.. huh!


http://www.facebook.com/profile.php?id=100000556659716” target=”blank”>




02 March 2011

Don't Know

I don’t know how I fall in love with you. I’m just attached and game over. Whether I want it or not; no matter how I try to get rid of it…you’re the only one in my heart.

SECRET LOVE 

Secret love is painful.

Secret love is torturing.

Secret love is beautiful.

Secret love is undeniable.

Secret love is hurting.

Secret love is relieving.

Secret love is unforgettable.

Secret love is crazy.

Secret love is what I have in my heart right now.
So, yes…I am in pain, tortured, enjoying, denying, hurt, relieved, trying to forget and about to go crazy.


p/s: sakit ati bile you khusyuk tengok cite korea. msg x reply, call x pick up.. sgt2 marah!!! 


marah tetap marah. sayang tetap sayang.



27 February 2011

KEM MOTIVASI

Hai. Dah lama x updates blog saya ni. Bermula jumaat sehingga hari ni. 
Hampir 4 hari. Buzy dengan urusan facy-ing di Yong Peng. 
Sangat penat melayan hampir 130 budak lelaki form 5 untuk di motivasikan. 

Bukan mudah untuk menunjukkan contoh yang baik. Tapi saya respect la kat diorang sebab berjaya menghabiskan kursus motivasi itu dengan jayanya. Sekaligus mencapai objektif program yang kami bawakan. Bermula dengan kenangan yang best-best, banyak rasanya. Lagi-lagi masa ”malam keinsafan” di mana air mata lelaki jatuh kerana ibubapa mereka. Sangat-sangat terharu. Masa diorang baca warkah untuk ibu tu air mata saya pulak yang HAMPIR-HAMPIR jatuh. Kena cover beb! Malu owh kalau facy menangis. Part yang xbest lak bila saya pengsan. Haha! Malu je. Tu la suh makan xnak. Muak la. Hari-hari makan ayam.. J 


And satu lagu part yang x best bila di serang gegate.. sangat-sangat gatal. Haiish! Sampai sekarang rasanya gatal-gatal tuh ada lagi. Padahal budak-budak yang masuk sungai, badan saya pulak yang lebih-lebih. Haha!

23 February 2011

JUBAH BUAT IBU....

I wanna share this story with you guys. Its so touching and has a very deep meaning. Pls make sure that you have A BOX of tissue next to you while reading this. I read it while weeping like a baby. And make sure that you have enough time to read it till the end. Baca masa tenang...

~~~~~~~~~~~~~~~............~~~~~~~~~~~~~~~~~~


“Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah  dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. 


Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. 

“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. 

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. 

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. 

“ Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. 


Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. 


Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. 

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “Ada” jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengkan kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “Ala, gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah. 

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. 


Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana, tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum. 


Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. 

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. 

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka. 

22 February 2011

Nasopharyngeal Carcinoma


hmm.. tak pe.. dugaan hidup kan.. tapi yang penting selagi nyawa di kandung badan, selagi tu hidup kene teruskan..

ni sedikit info tentang cancer hidung...

Nasopharyngeal carcinoma memang banyak terdapat dikalangan orang Asia Tenggara. Kebanyakan dari keturunan China (orang China yg berasal dari sebelah selatan negeri China..Yunan). Ini menunjukkan ada pengaruh faktor genetik. Tetapi bangsa lain boleh juga mendapat cancer ni yg mungkin disebabkan asap rokok, pencemaran bahan kimia dalam udara, jangkitan Ebstein Barr virus dan ada juga teori mengaitkan dengan suka makan ikan masin.

Rawatannya buat setakat ini ialah dengan pembedahan dan radiotherapy. Chemotherapy belom menunjukkan hasil yg baik; walaupun digunakan bersama radiotherapy.

Kematian biasanya berpunca daripada cancer yg merebak keotak, salur pernafasan yg tersekat, perdarahan.

Lazimnya, pesakit hanya dikesan mengidap NPC apabila mendapatkan rawatan akibat masalah kesihatan lain seperti hidung berdarah atau bengkak pada kelenjar di leher. Namun, malang sekali apabila mereka disahkan menghidap NPC pada tahap ketiga.Barah hidung adalah penyakit yang paling lazim dikesan dihidapi kalangan warga Malaysia. Malah di peringkat global, kaum Bidayuh yang menjadi antara etnik utama Sarawak, terbukti menjadi bangsa paling tinggi dikesan menghidap barah hidung. Di Semenanjung Malaysia, mereka yang berketurunan Cina dan Melayu lebih kerap didiagnos dengan barah hidung. Masyarakat India, bagaimanapun, amat jarang dikesan mengalami masalah ini.

Barah hidung adalah ketumbuhan yang wujud di nasopharynx iaitu bahagian yang terletak di belakang hidung dan di atas bahagian belakang tekak. Pada peringkat awal, barah hidung memang sukar dikesan kerana bahagian nasopharnyx sukar untuk diperiksa. Lebih sukar lagi, simptom penyakit itu juga menyerupai gejala masalah kesihatan lain.
.
Ada kalanya juga, pesakit percaya hidung yang berdarah disebabkan suhu badan terlalu panas. Ini menyebabkan mereka tidak berjumpa doktor kerana menganggap masalah itu kecil dan boleh sembuh dengan sendiri.Bagaimanapun, hidung berdarah hanya satu daripada simptom barah hidung. Lebih membimbangkan, simptom itu ada kalanya menunjukkan barah berkenaan sudah pun berada di tahap akhir. Di negara Asia Tenggara, NPC mencatatkan antara 5 hingga 15 kes bagi setiap 100,000 penduduk. Manakala di China, terutama di Selatan China, Taiwan dan Hong Kong mencatat 30 kes bagi nisbah jumlah penduduk yang sama.

SIMPTOM DAN FAKTOR RISIKO
.
Pada peringkat awal, NPC tidak menyebabkan sebarang simptom. Bagaimanapun apabila barah itu merebak ke tahap seterusnya, beberapa simptom mula kelihatan. Katanya, ada beberapa faktor risiko yang dikaitkan dengan serangan NPC. Antaranya jantina. Lelaki berhadapan dengan risiko NPC 2 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita. Manakala orang Asia dan Utara Afrika lebih banyak dikesan menghidap NPC. Satu lagi faktor risiko yang dikaitkan dengan NPC adalah makanan yang diawet dengan kandungan garam yang tinggi, misalnya ikan, itik atau sayur-sayuran. Selain itu virus Epstein-Barr, virus paling biasa ditemui pada manusia dan hidup di sekitar hidung. Virus ini dikaitkan dengan beberapa jenis barah.

TAHAB BARAH NPC
.
Barah NPC tahap 1 bermaksud, barah masih berada dalam hidung. Barah NPC tahap 2 dan 3, ketumbuhan semakin besar dan sudah merebak ke bahagian. NPC tahap akhir, barah masuk jauh ke paru paru, tulang atau hati. Kerana simptom awal NPC kerap dianggap masalah biasa, kebanyakan pesakit datang ketika sudah berada di tahap kedua dan ketiga. Mengikut statistik, hampir 54% dikesan dengan NPC selepas mendapatkan rawatan bengkak di leher, 25% ketika berlaku pendarahan pada hidung, 18% kerana masalah kurang pendengaran pada sebelah telinga, 13% kerana menjadi juling dan 12% terasa telinga berdengung.

SIMPTOM AWAL
.
1. Hidung berdarah, bukan pendarahan yang teruk tetapi kesan darah.
2. Salah satu telinga berdengung.
3. Salah satu hidung tersumbat dan tidak boleh bernafas dengan betul.

SIMPTOM LEWAT
.
1. Bengkak pada leher.
2. Mata juling - barah sudah memasuki bawah otak dan menyerang saraf otak yang mengawal pergerakan mata.
3. Sakit kepala yang kronik.
4. Sakit pada tulang kaki atau belakang (tahap empat).

RAWATAN DI KUMPULAN PERUBATAN ELEKTRONIK
.
Jika anda disahkan mengidap'nasopharyngeal carcinoma' (NPC) dan ingin membuat rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik, anda dikehendaki memberikan sample DNA anda seperti darah, air liur, rambut dan urin supaya Perubatan Elektronik dapat memusnahkan sel-sel kanser yang menyerang pangkal hidung. Disamping itu, anda juga digalakkan membawa laporan perubatan anda supaya memudahkan kami mencari kod-kod penawar untuk meng'antidot'kan kod-kod perosak yang ada di saraf hidung anda.

Rawatan di Kumpulan Perubatan Elektronik sangat sesuai untuk mereka yang mengidap kanser kerana antara keistimewaan Perubatan Elektronik ialah ia mengandungi pelbagai kod dan penawar gelombang elektromagnetik yang mampu mencari akar umbi sel-sel kanser dan seterusnya berusaha memusnahkan gelombang asal kanser yang berada di dalam tubuh pengidap kanser.

Apabila gelombang asal kanser sudah dimusnahkan nescaya maka, kanser berbentuk jisim juga turut termusnah dan pesakit akan menuju ke arah penyembuhan. Anda juga dikehendaki mengamalkan perubatan elektronik selama tiga hingga enam bulan sehingga sel-sel kanser dapat dimusnahkan secara menyeluruh.
Ini berbeza jika anda melakukan pembedahan. Di mana, ketumbuhan kanser dapat dibuang, namun akar umbi kanser masih lagi berada di tubuh pesakit. Rawatan kemoterapi juga bertujuan memusnahkan sel-sel kanser, namun sel baik dan antibodi juga turut terjejas.

Perubatan Elektronik laksana scanner yang mampu memusnahkan sel-sel kanser dan mampu mengenalpasti antibodi dan imun sistem. Hanya sel-sel kanser sahaja akan dimusnahkan, manakala antibodi dan imun sistem akan diperbaiki sehingga tubuh pesakit kanser dapat menyahkan sel-sel jahat secara semulajadi. Ini kerana segala ubatan yang dibekalkan sudah kami programkan supaya dapat mengenalpasti imun sistem atau kuman-kuman perosak.

Natijahnya, Perubatan elektronik sangat sesuai bagi mereka yang mengidap kanser atau pelbagai penyakit lain.

20 February 2011

Awak dan Saya


We may not be together physically, every day and night, 
but we have our phones and we always are in touch. 
When something happens, good, or bad, 
she is the first person I even think about. 
She's always in my corner and I know that!

Who is SHE .. ?
someone special in my life..


p/s : uh ? masalah awak nie ape tah... !!!!

18 February 2011

::Disappointed::


I'm so frustrated like until I bury my head on the bed and my hands on the back of my neck..
urrggh! 

15 February 2011

Disappointed

                                              Clipart Image: A green cartoon smiley face crying with a sad expression


I know, right? That's all I could say. Too bad that is all when what I'm actually feeling is killing me inside. Today, I've hurt my loved ones because of my stupid, little mistake. I know...I'm stupid. I didn't think. I just did it.

...and here it is, I just gotta face the music. It's my fault, after all...but the thing is I've dragged everyone into the guilt of my mistakes.

I'm naughty. Everybody knows that,...except you. I tend to show you only the good side of me 'cause that's what I wanna do; I wanna give you everything you want of me. You want me to be a good girl; then I'm a good girl when I'm with you.  No, I'm not being hypocrite...I'm too bad and I just wanna show one person I'm not a villain. God has instilled a drop of kindness when He created me.

But what happened today might have been changing your mind of what you think about me. I used to hurt someone but hurting you...it never even cross in my mind. Never ever.

I just gotta let you know one thing; I swear by the name of God I never meant to hurt you or even make you cry. But I did. I thought I could pretend like I'm an angel at least for a moment with you...but my fake wings are broken, so now look at me the way you want to. I won't be mad...'cause it's my fault.

Mak...Ayah.. I'm so sorry......

I'm sorry, everyone. I'm sorry...I just wish I could be better.

14 February 2011

hahaha! tak tau nk letak title ape..


ini la yang saya bagi kat si "dia".. 
flower love smiley
saya harap si "dia" suka...

tapi agak beza la dari yang saya order.. sbb rupe asal mcm kat bawah ni...

tapi okay la.. tak banyak beza pun.. maybe sebab saya yang cerewet kowt???
oh my smiley
haha.. 

apa-apa pun thankS a lot kat wanie + zue + myra
kerjasama kalian amat-amat dihargai 
good smiley

haha.. okay, my mom da bising suruh mandi nak balik kg.. see u later.. bye..

SALAM MAULIDUR RASUL .. 
kiss you emoticon

terRAJIN pulak...

ade orang dengki kat saya owh... td sy baru puji dye alim.. tup..tup... berTUKAR jd samseng jap! haha!





amacam wanie .. ? best x famous kat blog akid ... haha ! :)

mereng...???


hah! ni budak skolah ha manyak nakal.. ada ka dia tukar nama saya jd MERENG.. sy sgt2 terkejut bile bace blog dia... nama dye wanie jefri.. tidak mengapa.. saya tidak marah..tgok,,,sy senyum
(*____________________*)

p/s : senyum saya mcm x ikhlas kn? xpelah.. yg penting senyum tu SEDEKAH... 
eh2! masuk bab sedekah lak teringat ade sorang awek cun ni jd alim mlm ni.....

 haha! alhamdulillah.. terbuka pintu hidayah untuk dye..al maklumlah.. esok kn MAULIDUR RASUL...

ape-ape pun 



13 February 2011

semalam punye cerita..!.

i’m waiting for my phone to ring and i’m like
finally, it vibrates and i’m all like
i have a new text and i’m like
i see that it’s from my mom and i’m like
awh , it’s so cute



p/s : sgt2 sakit bile org yg kite syg mendiamkan diri.. 

(Everything I Do) I Do It For You


If lovin u is wrong, then I don't wanna be right. My luv for u is stronger & brighter than any light.The way we must go is long but we'll win every fight....





Look into my eyes - you will see 
What you mean to me 
Search your heart - search your soul 
And when you find me there you'll search no more 

Don't tell me it's not worth tryin' for 
You can't tell me it's not worth dyin' for 
You know it's true 
Everything I do - I do it for you 

Look into your heart - you will find 
There's nothin' there to hide 
Take me as I am - take my life 
I would give it all - I would sacrifice 

Don't tell me it's not worth fightin' for 
I can't help it - there's nothin' I want more 
Ya know it's true 
Everything I do - I do it for you 

There's no love - like your love 
And no other - could give more love 
There's nowhere - unless you're there 
All the time - all the way 

Oh - you can't tell me it's not worth tryin' for 
I can't help it - there's nothin' I want more 
I would fight for you - I'd lie for you 
Walk the wire for you - ya I'd die for you 

Ya know it's true 
Everything I do - I do it for you