07 June 2011

:: HiDuP iNi ::


Pengalaman kehidupan banyak mengajar aku erti hidup, dalam tak sedar usia kini beranjak kesatu dimensi baru yang lebih luas, yang lebih menuntut banyak pengorbanan hati dan perasaan, banyak menuntut dan mengajar aku erti tangungjawab, aku sentiasa mengharapkan sinar mentari esok membawa khabar yang paling gembira buat aku, benar kata orang penantian satu penyiksaan, dan aku berharap penderitaan dan kesedihan semalam tidak lagi akan berulang sampai bila-bila, aku dah penat menangis, aku dah penat bersedih, sehinggakan aku tak tahu mengapa air mata ini terlalu mudah mengalir, aku perlu kuat, perlu tabah, tak boleh merengek, tak boleh menangis....namun sekali sekala hati ini perlu menangis agar ia tahu bahawa hidup tidak selalunya ketawa...

owh...aku tahu itu, dan aku tak mahu itu....semalam yang aku tinggalkan penuh dengan cerita, suka dan duka, ketawa dan airmata, memainkan dan dipermainkan, mengata dan dikata, memujuk dan dipujuk,~ aku tak mahu ingat lagi kenangan 2010 yang pahit, tiada kemanisan yang mahu aku kenang...2010 bukan dimensi yang baik untuk aku,...ya aku pasrah pada suratan takdir dan aturan kehidupan~ tapi sampai bila??? sehingga aku tega membina azam, aku tak benarkan air mata ini mengalir lagi~ Alhamdulillah, aku bersyukur hati ini sedikit demi sedikit ia kuat, ia pejal...ia kering, kutuklah apa pun, aku tak kisah, buatlah apa pun pada aku, satu hari aku akan balas balik...hidup aku kini untuk aku, ayah dan mak, family aku dan si bintang hati aku.. 

aku masih lagi disini, mengutip pengalaman, menyemai kasih sayang, menitip bantuan~ terkadang penat, terkadang bosan, terkadang give-up!! sampai bila harus begini, kawan2 sudah ramai yang sudah terbina kehidupan, ramai yang dah mula mengecap kebahagiaan, dan aku, aku bahagia, dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang, persoalanya sampai bila harus di sini?? adakah sama seperti mereka2 yang dah berusia itu?? risau juga~ tapi setiap kali ada peluang melangkah aku mesti berpatah balik, kenapa ya? badi sungguh tempat ini~ 

aku tak mahu menjadi hamba yang tidak bersyukur,  aku akan kembali menyambung pengajian, kerana jalan2 ilmu ini tidak pernah berakhir, biarlah....setiap orang ada jalanya, dan setiap orang berhak memilih jalan hidupnya sendiri....kita hanya mampu merancang, Allah jua yang tahu baik dan buruk setiap yang berlaku~

Sungguh, hidup terasa payah andai masih ada sisa-sisa dendam yang tersemat di hati. Benci! Hanya dengan mendengar apa saja yang berkaitan dengan nya mampu membuatkan tangan dikepal menahan marah. Andai terpandang nama nya saja seakan-akan ada api marah yang seakan-akan mahu melonjak keluar dari dalam dada. Belum lagi melihat susuk tubuh si empunya diri, mahu saja dirodok dengan penyapu sehingga longlai.

Tapi.. selepas itu apa? Hati puaskah? Kemudian? Ah..takkan ada penghabisan melainkan kebencian yang akan terus menerus membakar diri sehingga diri juga turut tersungkur dalam api yang diciptakan sendiri..

Wahai diri.. dendam dan benci itu tidak akan berada pada jiwa seorang mukmin yang sejati. Andai engkau masih tidak memahami, ulangi lagi membaca pesan yang baru kau tulis tadi..


Wahai diri..ingatlah..segala gerak dan laku makhluk adalah dengan izin Allah jua. Jika datang orang ‘menghadiahkan’ air mata..maka, Allah sedang mendidikmu dengan sifat sabar. Jangan dilihat manusia yang menjadi ‘asbab’, lihatlah dengan mata hati yang Allah jua menjadi ‘musabbabil asbab’. Jika kau di sakiti oleh dia, maka Allah sedang mengajarmu erti redha.

Walaupun pernah disakiti sekali, kau akan disakiti berkali-kali jika terus mengenangkan perbuatan mereka.Dan paling derita, jika kau merasakan mereka sedang membina istana kebahagiaan di atas tapak kedukaanmu. Sedarilah,  yang tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Jangan bimbang jika tidak dihargai tetapi bimbanglah jika kita benar-benar tidak berharga. Di mata siapa? Di mata diri kita sendiri. Namun, ego itulah yang selalu menuntut pengiktirafan dan sanjungan.

Wahai diriku..

Mulakan langkah mencari bahagia dengan merasakan bahagia melihat kebahagiaan orang lain. Langkah pertama itu ialah memberi maaf. Namun, terlalu sukar rasanya untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar dari meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terbayang segala tingkah dan perlakuan. Wajah ‘orang bersalah’ itu terasa begitu menjengkilkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan maruah diri. Ahh..apakah maruah ini terlalu murah untuk disorong tarik dengan harga yang rendah?

Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh di dalam diri..ada suara lain yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa. Maafkan.. lupakan… berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Musim-musim berlalu sewajarnya mendewasakanku. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain, sama seperti memaafkan diri sendiri.  Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya ‘syurga’ yang fana, sebelum syurga yang ‘baqa’..

Lagipun.siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Hidup ini terlalu singkat untuk membenci..

 

p/s : Dalam diam  ada sepi..dalam sepi.. beribu kata tersembunyi.. dalam diam.. ada hening.. dalam hening... beribu bisik merayu.. dalam diam ada pedih.. pedih yang tak dapat kuungkap.. dalam diam.. dalam diam.. dalam diam.. sebenarnya aku terluka.. dalam diam.. sepi bicara.. hening bicara.. alam bicara.. jiwa bicara ..hati bicara..

03 June 2011

::TerKilaN::

korang penah rase terkilan x? 
sumpah wei.. ak memang terkilan dengan pempuan sorg ni..
dulu mase kapel dengan aku macam2 aku bagi..
macam2 dye minta..
sekarang bukan main lagi...

aku just minta balik duit aku..
tapi ape dye cakap?
dye kate aku sape Sekarang?
macam celaka..
hari tu ko gak yang nak bagi balik semua hutang2 ko..
bile aku minta ko cakap macam orang x bersalah..
wei.. dulu ko kapel dengan aku mase tu ko xbekerja..
nak beli ape semua meseg aku..
semua ape ko nak makan ko minta kat aku..
sekarang byk hal la plak..

ko cakap bab agama dengan aku?
ko cakap ilmu agama aku lg tinggi kan? 
masalahnye ko agama ape?
x same ke dengan aku?

ko pk la, sampai sekarang ko still gune name yang ak bagi..
kalau ko ubah name ko semua da x kenal ko..
pelik kan? kalau da putus dengan ak gune la name ko sndiri.
same macam ko dengan ejay dulu..
haha.. kelakar la ko ni..
umur ko pn da masuk 26..
ko pk la ye kakak..

aku just minta balik duet aku.
kalau ko xleh nak pulang.. sila cakap elok2..
ni da la x nak pulangkan..
budi bahasa xde pulak tu..
aku tau ko balajar pun x abes kan..
tapi aku rase mak ko didik ko dgn betul..
ko ade otak..pk la sendiri..

ke ko nak aku ingat kan ko?
ape yang ko sumpah dengan ak? 
kalau aku tinggalkan ko, ko akan kahwin dengan lelaki?
betul x?
kala sumpah ko pun ko xleh nak buat..
tolong la jangan nak memekak dengan aku..

sape2 yang bace entri aku ni..
sampaikan la kat MANJE aku tu..
kalau da berhutang.. tolong la bayar..
kalau xdapat nak bayar..
tolong la berbudi bahasa..
jangan la nak buat perangai macam sial kan..

kalau macam ni perangai ko, 
memang aku x heran la ramai yang x suke ko..
patut la semua kawan2 aku menyampah dengan ko..
patut la ade page khas tuk blame ko..
sebab ape?
sebab memang perangai ko teruk..

ko cakap ape?
aku bawak ko g check in just untuk "teman" aku?
kalau betul pun aku da bayar pun kan?
so x payah la nak mengungkit okay..

aku kan paling x suke cari pasal..
n paling x berminat nak mencarut2 ni..
maybe terkilan kowt dengan perangai bangang ko tu..

okay la.. aku buat entri ni bukan nak malukan ko..
tapi ni blog aku kan.? 
suke ati aku la ye..
tq~

p/s: x sabar nak minta abg gaji esok.. 



02 June 2011

::RISAU::

awak..
awak faham x perasaan saya sekarang?
awak tau x saya sangat risau?
selalu saya dengan awak time2 macam ni.. 
tetibe je saya call awak xdapat..
hati saya x tenang..

awak..
cepat2 la charge fon..
saya nak tau awak okay x..
saya nak tau awak da makan lom..
saya nak tanya banyak soalan..

awak..
saya harap awak dapat call saya before awak balik kluang..
saya harap sangat..
sangat2..


p/s : mood sgt down.. :(


p/s : sebenarnye tengah buzy dengan si buah hati.. hehe

01 June 2011

::bila saya terfikir awak terus saya buat entri ni::


saya jadi kebal bila dengan awak ,
saya mudah dipujuk bila dengan awak ,
saya buang ego saya sejauhnya bila kenal awak .
saya tak kenal jemu bila dengan awak ,
saya tak marah lame lame bila sakit hati dengan awak ,
saya tak marah bila awak kutuk kutuk saya ,
saya ade back up sejak ade awak..
 saya semakin yakin bila disisi awak.
semua sebab adanye awak .. 

sebab itu awak ,, 
walaupun kadang kita gaduh , .
awak tengking sampai saya terasa , 
awak mengamuk sampai saya jadi takut 
nak tengok mata awak , 
awak buat saya menangis , 
tapi itu saya tak kisah ,
sebab awak yang buat saya menangis 
dan 
awak jugak yang buat saya tenang :)
loveeee u baby !


Nor Aqilla..
Heroin saya ,
Jiwa saya ,
Nadi saya ,
Si manja saya ,
Pelengkap saya ,
Kawan baik saya ,
Girlfreind saya ,
Musuh saya ,
Pengarang jantung saya ,
Hembusan nafas saya .
Bos saya!!

p/s: tapi kan kalau x gado x lengkap pulak idup saya.. hehehe

29 May 2011

::Saat Indah Bersama::


I really do love you
Don't you know
That I'll never let you go
I really do love you
Don't you see

That all I need is you with me
I really do love you
Can't you tell
That before you my life was hell
I really do love you
Can't you feel

This love we share is so real
I really do love you
And I tell this as a man
I love you with all I am
My heart and soul

Belong to you alone
I really do love you
And I thank you so
For the love my heart
Has finally been shown

p/s: awak...maafkan saya kerana terjatuh hati kat awak.....perasaan cam gitu bukan kita leh duga bila ianya akan muncul...dalam diam2...dalam saya dok elak...dalam saya dok lawan....akhirnya saya tewas....sebab bagi saya...awak istimewa...maafkan saya awak....maafkan saya...i'm sorry i fall in love with u....

25 May 2011

:: sayang saya ::


wahhh! bangge saye ade org sayang.. 
♥ ♥ ♥ 
saya pun sayang awak BUNCIT..  

Awak, saya tak tahu kenapa. makin lama , hari silih berganti, sayang saya pada awak makin kuat. Terasa macam dunia ni milik kita je kan? Opis pun da macam ayah kita punye. Saya harap sgt awak takkan tinggalkan saya sbb saya tak tahu mcm mana hidup saya bila awak tak ada disisi saya.

awak selalu buat saya tersenyum sorang-sorang..

awak gak selalu buat saya gelak kuat-kuat..

awak selalu buat saya fikirkan awak..

awak selalu buat saya rindu kan awak..

awak selalu buat saya berdebar-debar..

awak selalu buat saya rasa bahagia..

♥ ♥ ♥ 

tapi awak selalu cakap saya kuat merajuk..

awak selalu cakap awak nak jadi HERO & saya jadi HEROIN..

tapi xpe.. asalkan awak ada dengan saya..

saya janji saya akan selalu lindungi awak..


p/s : i gurau mase kat opis u td.. sori menceroboh..  :) ♥ ♥ ♥ 


24 May 2011

Aku menyintaimu tanpa paksaan...


Terima kasih awak. Terima kasih sebab sudi hadir dalam hidup saya..harap segala yang awak katakan akan dikotakan.....semoga semua yang dirancang berjalan lancar...semoga hubungan ini akan berakhir dengan kebahagiaan......aminnnn...SAYA SAYANG AWAK...

Terima kasih kerana teman saya sampai sekarang,,, terima kasih kerana bagi kete awak untuk bawa saya jalan satu dunia,,,,terima kasih kerana bagi bahu awak untuk tarik semua air mata saya,terima kasih kerana bagi suara awak untuk tenteram kan saya bila saya tercilaka,,,,terima kasih bagi mata awak untuk pandang saya yang GAGAH ni,,,,terima kasih bagi hari awak untuk teman saya,,,,terima kasih untuk hati awak kerana jaga hati saya.... terima kasih bagi saya semangat awak sikit bila saya makin jatuh.... terima kasih sebesar gunung untuk HEROIN saya....


p/s : "tombok" kang! hehehe

22 May 2011

::penat::


penatnya.. bangun pukul 5 am semata-mata nak balik PJ..
si bintang hati suruh temankan dye balik awal..
tapi agak SAKIT HATI, rupenye bintang hati saya ni bangun pukul 6.45..
sabar...sabar...sabar...
pukul 6.30 saya da sampai, tapi dye sampai pukul 7.30..
xpe..sabar..

p/s: dugaan orang puase. besar pahala bile bersabar.. insyaAllah..amiiiinn~

20 May 2011

McD Time


now, saya sedang melepak bersama bintang hati saya yang cantik ni..
 dye sangat2 cantik malam ni..
waahhhh! tergado saya. ..

untuk si bintang hati saya ni..
walaupun baru seminggu, thanks sebab jaga saya...
maafkan saya atas setiap kelemahan saya..
saya tau bukan mudah kita nak hadapi cabaran ni..
lagi-lagi dengan kerenah "GAGAH" saya ni..
:P

dear,
I really love you. no matter what happen i always be with you you are the one who brings me up until this seconds thank you sayang...
love you so much! I really need you as my soul mate dear.. if we are meant for each other I hope we can go through all these things togetherwithout feeling bad or depress...

p/s : hugs and kisses


17 May 2011

::YOU::

I've finally found the nerve to say
I'm gonna make a change in my life starting here today
I surrender all my love I never thought I could
I'm giving all my love away and there's only one reason that I would
And baby it's you

The way you walk, the way you talk
The way you say my name your smile
The way you move me, the way you soothe me
The way you sleep softly through the night
Every morning you rise and open your eyes
I just wanna be there with you baby
I just wanna be yours from this day forth

Next year lets call this day our anniversary
The day I put my heart in your hand and said that it was yours to keep
From this moment on say that you'll always be mine
'Cause girl when I'm alone with you there's only one thing that's on my mind
And baby it's you... 

p/s : sayu sgt tgok airmata u mlm td.. :(

16 May 2011

::HAPPY BIRTHDAY::


ni name dye aqilla.
budak uma saya.
eh! x, ni org uma saye. :)
esok bufday dye. 

ape erk nak bg dye? hmm.. tgok budget dulu ah! 
haha! ade ke suh saye tinted kete dye. ceh! 
permintaan yang x di sangka. haha! 

ape pun. nak ckp..
qila, hepi bufday syg..

I LOVE YOU
 

p/s: BUDAK BUNCIT! :P

11 May 2011

Tentang Perasaanku


aku takkan lelah menunggu
hingga waktu ajal menjemputku
takkan pernah sesalku untuk menunggumu

aku harus tetap menunggu
hingga nanti aku berbaring
sampai mati aku akan tetap menunggumu



ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
ingin ku bagikan semua hanya untukmu
agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu


ku ingin kau tahu tentang perasaanku
ku ingin kau tahu besar cinta padamu
ingin ku berikan sisa waktuku
dan sisa hidupku sampai mati



p/s : biar la perasaan ni saye seorang saje yang tau.. :)

15 April 2011

::bengang::


ahhh! bengangnye.. 
PSP tertinggal kat HKL...
Sony MP3 lak hilang...
fon lak jahanam...
bengang dowh!!!!!
xpe2...

ok..PSP da beli baru..
sony aku beli jap lagi..
fon? tggu la dapat gaji!!

p/s: bulan ni nak jadi selfish!!!

12 April 2011

::13/4/2011::

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

p/s: best pulak dgr lagu DERITA MERINDU ni.. :)
xde pape maksud pun.. :)

10 April 2011

:: tak best ::

ape yang tak best? memang tak best perasaan sekarang ni.. perasaan yang tak ada jawapan..perasaan yang saya sendiri takut nak luahkan.. perasaan yang saya sendiri takut makan diri.. 

Ya Allah.. tenangkan hati aku.. 

apa-apa pun yang berlaku, saya minta satu je.. jujur pada perbuatan awak.. jujur walaupun menyakitkan saya.. thats all i want from u..


28 March 2011

Ayat Seribu Dinar


Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”




Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :





* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.
* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.
* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.
p/s: Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat seribu dinar ini. Allah Maha Mengetahui.. 

::entah ape-ape la budak zaman sekarang::

hai.....dah mkan kew?

sape ni?

sye rozi cool...npe,x leh bkwan kew dgn wk?

ntah..xberminat la klu x kenal
sori
it`s ok...x kn nk bkwan pn x bleh kot.

sombong ar wk ni....

so?

x leh kwan kew?...

sori..x berminat

it`s ok..jgn telampau sombong dn ego sangat dgn diri sndiri ye,nty terima pdah nye tau x....

thanks 2 ur advise

wlcm....too u..



p/s: kalau sy sombong dgn awak pun bukan sebab saya sombong..sebab da banyak STALKer sekarang...susah nak pecaye...